Wednesday, August 26, 2009

Near Accident Experience

Hey fellas....

Dah lama takde update kat blog ni. The reason because aku terlalu malas & internet di rumah selalunye di"conquer" oleh isteriku. Lagi satu, ini kerana aku kekeringan idea untuk blog ini.

Selesainya aku bersahur bersama isteriku pagi tadi dengan Mee Rebus Terengganu hasil buatan aku, kami pun bersiap2 untuk ke tempat kerja. Sesudah kami drop Yaya ngan Maktok, kami teruskan perjalanan ke office melalui MRR2.

Sedang aku mengambil selekoh di hadapan Zoo Negara, tiba2 datang satu Proton Gen-2 berplat nombor Johor masuk ke dalam laluan aku. Isteri aku dengan takutnye menjerit"Sayang!!! Keta ni!!!" Aku terkejut lalu menekan brek sekuat hati tapi takde la sampai rasa break emergency. Lalu hon kereta aku berbunyi tanpa henti selama 2 minit memberi amaran kepada kereta yang mangkuk amik lesen Bangla itu

Oleh kerana nak kejarkan masa, aku terus jalan sahaja. Isteriku pun kata "Tadi kereta tu langgar kite, u tak dengar ke?" Masakan aku nak dengar....memang aku tak dengar langsung. Lalu berhenti sekejap di tepi highway untuk melihat sebarang kerosakan. Mujur tiada apa2 yang serious. Kalu tidak, abis la NCB insurans aku oleh kerana kereta mangkuk itu.

Sampai opis pun lewat 5 minit, kemudian bertembung ngan 2 rakan opis di tangga; Fauzi & Roza. Aku pun menceritakan detik2 cemas yang berlaku tadi. Fauzi pun berkata "Tadi pun ada accident dekat Gleaneagles, kereta teruk giler. Tapi tak tau ape yang langgar"

Moral of the Story for today : Kepada driver2 yang amik lesen beli, tolong la amik lesen balik daripada tenaga pengajar bertauliah. Menyusahkan hidup orang lain je..

2 comments:

LiXa the Mama Alya on August 26, 2009 at 7:57 AM said...

persona kaler silver laaa

JuSTin♥cHaoS^guRL on August 26, 2009 at 9:11 AM said...

papa nampak gen-2 la....dia ade emblem GEN-2 kat belakang

 

♫Kipas Susah Mati Penunggang Bertopeng♫ Copyright © 2008 Black Brown Pop Template designed by Ipiet's Blogger Template