Wednesday, August 26, 2009

Office PC Setup

Hey fellas,


Entry terbaru kali ini ialah tentang perkakasan yang aku gunakan di pejabat untuk melayan karenah pelanggan-pelanggan Maikrosof dari Australia & New Zealand. Agak menarik kalu boleh digunakan di rumah. Pasti aku akan tersenyum hingga ke telingaku.

Monitor Setup :


Sila lihat gambarajah dibawah ini. Di sebelah kiri anda ialah monitor untuk pc ujian aku, model number HP L1706 sebesar 17 inci. Ditengah & di kanan anda adalah 2 monitor utama, model number HPL1910 sebesar 19 inci. Maaf kerana kualiti gambar kurang memuaskan kerana aku menggunakan kamera telefon Samsung Z170 berkuasa 1 perpuluhan 3 megapiksel.


PC Setup :

Gambarajah di bawah pula menerangkan tentang unit pemprosesan utama atau CPU dalam bahasa abbreviasinya. Unit CPU yang kecik itu adalah HP Microtower dc7400 & unit CPU yang tinggi itu pula ialah HP Minitower dx7800. Kedua-dua dikuasakan oleh Unit Pemprosesan Intel Core 2 Duo.




Gambarajah di bawah hanyalah selingan semata-mata & tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. Ini adalah para-para jururawat untuk Hospital Avira. Aku tahu pasti ada yang mahukan jururawat ini untuk merawat anda walaupun anda tidak sakit.


Gambar ini telah ditangkap semasa aku pergi melawat Ron di kaunter Maikrosof. Di situ juga, aku terserempak dengan Fawaz.Hehehe..Fawaz sangat mesra pengguna semasa itu.

Sehingga entri yang akan datang, salam kepada semua :)

0 comments:

 

♫Kipas Susah Mati Penunggang Bertopeng♫ Copyright © 2008 Black Brown Pop Template designed by Ipiet's Blogger Template